PERDANA Menteri Korea Selatan, Chung Hong-won (bercermin mata) dikawal ketat pegawai keselamatan selepas waris penumpang feri Sewol meradang dan melemparkan botol air kepadanya di pusat perlindungan sementara di Jindo pada 17 April lalu. Chung hari ini menawarkan diri untuk letak jawatan ekoran tragedi feri itu. - Foto AP
SEOUL: Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-won sebentar tadi menguumumkan meletakkan jawatan ekoran tragedi feri penumpang karam yang kini lebih 300 orang maut atau masih hilang.

“Saya mohon maaf kerana gagal membendung kejadian ini daripada berlaku dan gagal bertindak dengan betul ketika kejadian.


Kerajaan Korea Selatan dikecam hebat berhubung tragedi itu termasuk cara menanganinya.

“Saya sebenarnya mahu meletakkan jawatan awal lagi tetapi perlu menangani tragegi itu terlebih dahulu dan saya rasa perlu menjalankan tugas itu sebelum berundur.

“Tapi saya memutuskan untuk meletakkan jawatan sekarang kerana tidak mahu lagi menjadi bebanan kepada pentadbiran kerajaan," katanya.